razorjr posted: " Aku masuk fakulti ni 24 Ogos 2009. Masa aku masuk ni, ramai jugak staf baru masuk as tutor and pensyarah. If tak silap time tu memang kemasukan pensyarah berskala besar jugak. Ada la dalam 200-300 orang kot pensyarah diambil dalam selasa masa 2009-2011 r" asyrani.com
Aku masuk fakulti ni 24 Ogos 2009. Masa aku masuk ni, ramai jugak staf baru masuk as tutor and pensyarah. If tak silap time tu memang kemasukan pensyarah berskala besar jugak. Ada la dalam 200-300 orang kot pensyarah diambil dalam selasa masa 2009-2011 rasanya. So mmg semua mcm baru berkenalan aje.
So aku masuk ler FKEKK ni as tutor 2009 dan jadi pensyarah mid 2010 sebab dah konvo master sekitar March 2010 di UTM.
Aku ngajar math aje kat situ and subjek programming. Sampai la januari 2014. Sebab masa 2013 aku terus hantar surat direct ke NC arwah Prof Ahmad Yusuf bypass dekan aku wakakkaak. Mmg mendapat ler kene panggil dgn dekan time tu (korang kenal ler sape dekan time tu). Di FTMK mmg relax aje dekan dia aku jumpa Alhamdulillah terima aku. Hahahha.
So FKEKK ni byk la kenangan sebab tempat first aku ditempatkan bekerja. Gaji pertama aku di FKEKK. Kawen masa zaman bekerja di FKEKK (2011) dan dpt anak first 2012 masa di FKEKK. Bahkan ade connection dgn IEEE Malaysia pun zaman 2011-2013 tu.
So terima kasih ler FKEKK. Walaupun dah jadi sejarah, anda masih diingati.
So skg aku warga FTMK, aku menjadi org di FTMK dan InsyaAllah aku do the best kat FTMK ni. Aku bukanlah orang penting pun dan hebat pun di FTMK ni tp aku buat aje mane yg aku boleh tekan. Macam berlari la. Ko tekan jugak walau apa jua menanti tp sedaya yg kita ada. Bila penat berenti tekan dan rehat. Bila dah elok, tekan lagi pedal untuk maju. Alhamdulillah. Kita still semua sekampus. Semoga semua istiqamah membangunkan universiti, agama, bangsa dan negara. InsyaAllah. Semuanya kerana Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment