Perlu ke kita buat persiapan rapi dan disiplin ketat nak masuk Full Marathon dekat event2 di luar sana?
Ya jawapan.
Tapi, ingat aku amat yakin, jika seseorang itu walaupun pernah berlari sekurang-kurangnya 5km sehari dan berselang untuk seminggu, buat selama beberapa bulan, InsyaAllah dia boleh tamatkan FM.
Walaupun mungkin dia tak buat LSD sampai 20-30 km pada hujung minggu, tapi dia boleh habiskan. Cuma bezanya dia tamat dalam keadaan sebelum cut off time atau selepas cut off time.
Jadi, mmg betul persediaan rapi dan disiplin amat perlu. Tp tak bermaksud ko kene lenjan kaki ko mcm geng2 elite.
Aku yakin jika seseorang itu mmg pernah berlari, dia boleh setelkan FM. Cuma mungkin 7 jam, 8 jam?
Apa yg berlaku just dia tak dpt finisher tshirt dan medal aje. Tp dia completedkan FM
So, nak tamatkan FM dgn baik mcm mane?
Rumusnya senang aje. Ko kene pastikan seminggu total mileage mesti dua kali ganda distance FM. Berapa km tu? 84 km ler.
Aku rase if ko buat 84 km seminggu selama 6 bulan. Mase FM tu ko senyum aje sub 3/4 jam kot FM ko pace 5 tu santai aje HR zone 2.
Tapi bagaimana if separuh je dari 84 km? Contohnya seminggu ko berlatih total 42km aje. Isnin buat 5, rabu buat 10km dan jumaat 10km. Pstu buat 15-21 km hujung minggu. So total dlm FM punya distance ler. Ko still leh survive FM. Silap2 sub 4 jugak. Hahahha.
Apa2 pun bergantung kat ko. Ko tahu bila ko free nak berlatih, kaki ko kuat ke tak, ko gi gym ke tak, cross training ke tak. Etc.
Aku? Aku FM latihan pun biase2 aje. If aku masuk pun rasenye aku boleh sub 6 jam aje. Maybe 5 jam 30 minit kot. Ntah. Aku tak masuk kan KLSCM. Aku kan ade event lain ahad tu. Hahahah.
So, jumpa lagi next year. Aku harap sgt tak clash dgn event game. Atau event2 lain yg lebih penting.
No comments:
Post a Comment