Water Jet.

Aku kagum ramai yg menolong untuk membersihkan rumah2 banjir dan segala bantuan yg diberikan rakyat ataupun kerajaan.

Cuma nak explain water jet ni ada banyak jenis.

Secara mudahnya ada waterjet bar dia rendah aje. Sesuai basuh kereta and karpet personal sikit2 kat rumah. Harga pun beberapa ratus aje.

Dan ade yg memang harga cecah ribu atau lebih. Yg ni bar tinggi.

Apa beza? Beza dia tuan puan ada yg pakai elektrik dan ada pakai petrol. If jenis yg aku ada kat rumah sekadar pakai maybe 15-30 minit aje, guna lektrik dan selepas tu kena tunggu dia sejuk pulak.

Ada yg jenis industry harga hampir ribu atau lebih. Tu guna petrol. Takde lektrik pun takpe. Tembak selut tebal2. Tu lagi lama la dari yg pakai lektrik dan murah tu.

Jadi pendapat aku ada duit lebe beli yg guna petrol. If takde guna yg lektrik pun ok tp ada time limit skit. Yg petrol ko kene ada backup petrol la plak. Tp tembak lagi kuat.