Port makan.

Tempat makan aku gi ni mmg terbaik makan goreng2 dia diwaktu malam. Aku mmg gi waktu hari biasa dan dalam kawasan Melaka ni nasi goreng kampung, roti canai dia dan kuey teow goreng dia mmg sedap. Termasuk lah nasi lemak. Sini style dia satu owner tp dia panggil 3,4 org owner gerai makan kecik2 jadi mcm medan selera.

Memang port peberet aku nak makan nasi goreng kampung dia fuhh the best kot in Melaka selaku org yg mmg suka makan kat luar.

Nak datang sini ko on the way ke bandar dari tol ayer keroh tu hala ke AEON AYER KEROH LAMA. Once ko tengok AEON AYER KEROH LAMA tu sebelah kanan ko, akan perasan satu traffic light untuk straight dan belok kiri. Belok kiri selepas stesen minyak tu. Straight sampai cuma roundabout kecik maka amik straight lagi. Then jumpa roundabout lagi untuk ke kanan dan straight. Ko straight aje lagi. Bila dah straight drive aje sampai jumpa roundabout lagi (roundabout ketiga) yang boleh straight dan ke kanan. Ko pilih kanan dari roundabout tu dan mmg perasan ada satu medan selera kecik belah kanan. Ko kene masuk ke kanan ada simpang kecik depan medan selera ni untuk parking.

Selain dari nasi goreng kampung dia, roti canai dia mmg lembut and sedap. Mana nak dpt roti canai sedap dan lembut malam2. Mamak Restoran Subaidah dah tutup takde dah buat kat MITC. So sini port baik roti canai malam2. Ada nasi lemak jugak yang sedap. Oh ye satay dan burger pun ade tp aku tak order semalam.

Repeat star: 5/5
Makan: 5/5 (nasi goreng kampung, kuey teow goreng, and roti canai)

Lupa nak inform ade yong tau foo jugak tapi ianya biasa2 aje bagi tekak kitorang. Tp oklah rasanya.

portroticanaimelaka #nasigorengkampung #jjcmmelaka #makansedapmelaka #hamzahasyrani